expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>
WELCOME TO ROJINOL HEALTHY ENTERPRISE BLOGSHOP

PERKEMBANGAN PERUSAHAAN MADU KELULUT DI SABAH

    Pada masa kini, industri perusahaan Madu Lebah trigona (Stingless bee) atau lebih dikenali sebagai Madu Lebah Kelulut masih lagi di peringkat awal berbanding di semenanjung Malaysia terutamana di Pantai timur semenanjung Malaysia. Masih ramai lagi tidak mengetahui khasiat yang dihasilkan daripada madu lebah ini. Ini kerana kurangnya pengetahuan dan pendedahan mengenai lebah kelulut dan madunya. 
   Dari itu, Rojinol Health megambil inisiatif untuk mengembangkan  perusahaan ini di Sabah seterusya Sarawak dengan bermula secara kecil-kecilan. Pihak kami sangat mengalu-alukan sekiranya ada pihak yang berminat untuk bersama-sama mengembangkan perusahaan ini kerana ianya bukan hanya sekadar perusahaan, ianya merupakan satu inisiatif untuk menjaga dan memanafaat khazanah semulajadi yang dikurniakan ALLAH S.W.T untuk kebaikan manusia seterusnya peredaran ekosistem alam semulajadi.
   Seperti yang kita ketahui, madu mempunyai khasiatnya dan mampu menjadi penawar (Shifa) untuk apa jua jenis penyakit dengan izinNya.
  Ianya telah terkandung  Didalam Al-quran di dalam Surah An-Nahl ayat 68 dan 69 :-



Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:

 "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia"



"Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."


  Dan Rasulullah SAW juga pernah berpesan agar seseorang itu berubat dengan Madu dan Al-Quran. Baginda SAW bersabda:

"Ambillah (yakni gunakanlah) olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh, iaitu madu dan Al-Quran."

 HR Ibnu Majah